Ikhlas.

Ikhlas adalah satu amalan yang sangat berat. Fitnah dunia membuat hati susah untuk ikhlas. Cuba kita renungkan setiap amalan kita, sudahkah terbebas dari maksud duniawi? Sudahkah semuanya murni ikhlas kerana Allah?

Jangan sampai ibadah yang kita lakukan siang dan malam menjadi sia-sia tanpa pahala. Sungguh.. ikhlas memang berat. Urusan niat dalam hati bukanlah hal yang mudah.
Berkata mudah namun hendak menterjemah dalam amal dan perbuatan memang susah.

T.me/notatazkirah

Hati yang tenang.

Apabila hati tak tenang, rasa kekosongan, banyakkan istighfar dan berzikir

La haula wala quwwata illa billah
(Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Hasbunallaah wa ni’mal wakiil
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

Ingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

T.me/notatazkirah